Ruang Mangga Ads

Tuesday, July 20, 2010

Gambar Annahita dan suami


Inilah suami pelakon Annahita Bakavolli, Datuk Saiful Baha Mohd. Arshad. Annahita kini bergelar Datin Annahita lah.

Saiful Baha, 44, ialah Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Tahniah dan selamat berbahagia dan semoga kekal ke akhir hayat.

Annahita, 28, ni tak banyak gosip panas, jadi mudah-mudahan rumah tangganya juga akan kekal aman dan damai.

Dengar-dengarnya mereka berkenalan kurang setahun lalu. Yalah masing-masing bukan anak remaja yang kemaruk nak bercinta bagai nak rak, sebab itulah tidak tunggu lama dan terus berkahwin.

Bila peminta sedekah jadi bintang


Lebih sepuluh tahun lalu Cheng Guorong dari Ningbo, Zhejiang, China atau nama komersial hari ini Xi Li Ge seorang yang kecewa dengan kehidupannya yang susah.

Dia merantau mencari kerja dengan meninggalkan keluarga lalu ke kota besar. Malangnya dia tak berjaya malah semakin parah. Malu untuk pulang sebagai orang gagal, Guorong akhirnya jadi pengemis.

Tapi hari ini dia sudah menjadi bintang gara-kara gambarnya semasa sedang merayau tersebar di Internet. Dia kini jadi peragawan setelah popular dengan gelaran pengemis seksi. Memang Guorong tetap kelihatan kacak walaupun dalam pakaian lusuh dan tak terurus.

Kini pakaian yang dipakai semasa merayau sudah jadi fesyen dan dia ada ramai pengikut.

"Saya seorang yang biasa saja. Internetlah yang menyelamatkan saya dari jalanan. Saya tak tahu langsung pasal fesyen dan tak faham mengapa orang label saya sebagai berfesyen," kata Guorong.

Guorong, 34, akan bergelar pelakon pula apabila ada syarikat yang mahu menerbitkan filem berdasarkan kisah hidupnya. Filem itu akan menjalani penggambaran September ini. Itulah rezeki namanya. Mungkin juga rezeki kerana memiliki wajah yang tampan.

Cuba perhatikan kut-kut ada peminta sedekah di Kuala Lumpur ni yang boleh diangkat jadi model. Munkin ada yang tinggi lampai tapi rata-rata peminta sedekah yang merayau-rayau ni ada masalah mental..

Gourong juga ada sedikit masalah mental sebab itu dia terjerumus ke lembah meminta sedekah sehingga sangguip menggeledah tong sampah untuk mencari makanan. Tapi hari ini dia sudah mendapat ganjaran setelah redha menjalani hidup gelendangan jalanan.

Kisah ini boleh dijadikan iktibar agar kita tidak mudah memandang hina kepada sesiapa sahaja kerana suatu hari masa akan berubah dan sesuatu yang lebih baik akan dikecapi mereka.

Orang yang mewah hari ini belum tentu mewah selama-lamanya. Zaman kegawatan ekonomi dulu berapa ramai yang tersungkur apabila pelaburan yang dilakukan tidak membawa pulangan.



Wednesday, July 7, 2010

Saiz 21 senti Ariel Peterpan jadi hangat




Kesian Ariel Peterpan apabila segala hal berkaitan peribadinya diperkatakan setelah tersebarnya video aksi seks yang dikatakan melibatkan dirinya bersama Luna Maya dan Cut Tari.

Terbaru pihak penyiasat mendedahkan mereka membuat pemeriksaan anatomi ke atas ketiga-tiga selebriti popular Indonesia itu. Bila menyebut anatomi, ia turut melibatkan pemeriksaan kemaluan mereka.

Ia sememangnya kemestian kerana ketiga-tiga mereka menafikan terlibat. Bentuk dan saiz kemaluan boleh dijadikan bahan bukti kerana video tersebut menampakkan senjata lelaki yang dikatakan sebagai Ariel menusuk ke dalam alat sulit kedua-dua wanita yang dikaitkan itu.

"Kami periksa bahagian dalam dan luar, baik yang dapat dilihat dengan mata kasar atau sebaliknya. Semua kami periksa misalnya, kakinya berapa sentimeter, tangannya berapa sentimeter termasuk bentuk tubuhnya juga," kata seorang jurucakap polis, Marwoto Soeto kepada pihak media di sana.

Dia juga mengesahkan pihak polis turut memeriksa saiz kemaluan Ariel. Ada laporan media mengatakan hasil laporan itu kononnya telah bocor dan media melaporkan saiz kemaluan Ariel sepanjang 21 sentimeter.

"Mungkin kurang satu sentimeter daripada 21 sentimeter, saya tak pasti, itu kerja forensik," kata Marwoto sambil ketawa apabila diminta kepastian pasal laporan tersebut.

Nampaknya pasal saiz kemaluan pun dijadikan bahan berita sekarang ni. Jadi bahan persendaan lagi. sampai ke tahap itu mereka memperkatakannya. Sememangnya apabila ada kes melibatkan aksi seks semestinya kemaluan antara inti yang akan diperkatakan.

Sebab itulah ada ibu bapa di Indonesia yang semacam mahu mengalih perhatian anak-anak daripada menonton segmen infotainment kerana tak mahu anak mengikuti berita yang sudah masuk kategori 18SX itu.

Saiz senjata Ariel memang banyak diperkatakan sekarang apabila tersebarnya video lelaki yang sangat mirip dengan dirinya itu. Ada yang mula mengambil pembaris untuk membayangkan saiznya.

Ada juga yang pernah menggelarkan Ariel sebagai kucing tidur sebelum video seks tersebut tersebar. Tak tahulah apa maksud kucing tidur itu. Agaknya pasal saiz lah juga kut. Kucing tidur tu ibarat satu bentuk yang membonjol.

Che Li: Walau apapun yang berlaku kenangan kebaikan dan keramahan Ariel saat bertemu dengannya suatu waktu dulu tetap dikenang. Kata orang kita kenangkanlah kebaikan seseorang kepada kita walaupun ketika orang itu lalui masa susah.

Inilah penyanyi lagu I No Can Do



Lagu I No Can Do , iaitu versi bahasa Inggeris daripada lagu Cari Jodoh (Wali Band) sangat popular di laman Youtube. kalau nak tahu inilah penyanyinya, Fabrizio Faniello.

Fabrizio seorang penyanyi kelahiran Malta yang mengikat kontrak dengan syarikat rakaman di Jerman. Dia juga semakin popular di Indonesia apabila lagu itu turut dipasarkan di sana. Beberapa tahun lalu dia popular dengan lagu Inggeris petikan album terdahulu.

Rakaman lagu itu bukan dibuat dengan menciplak, sebaliknya hasil kerjasama syarikat rakaman Fabrizio dengan syarikat yang dinaungi Wali Band, PT Nagaswara.

Saya sendiri pernah mengenali Fabrizio sepuluh tahun lalu semasa dia diundang mengadakan persembahan di pertandingan Voice of Asia, Kazakhstan. Dia pernah memenangi pertandingan itu pada tahun sebelumnya.

Fabrizio seorang yang meredah diri dan senang menerima kawan baru. Antara teman rapat dia semasa di Kazakhstan ialah Glenn dan Anis Suraya yang sama-sama menyertai pertandingan yang sama.

"Fabrizio akan ke Indonesia untuk mempromosikan lagu tersebut dan sekiranya segala perancangan berjalan lancar, album itu juga akan dipasarkan di Malaysia," kata wakil syarikat CAP Sounds yang menaungi Fabriziodo Jerman, Manfred Holz kepada saya melalui BBM.

Sebenarnya selepas berjumpa dengan Fabrizio dan wakil syarikat rakamannya di Kazakhstan, kami saling berhubungan melelui emel dan SMS. Sekarang apabila ada teknologi komunikasi yang lebih canggih, perhubungan semakin mudah.

Wednesday, June 30, 2010

Park Yong-ha bunuh diri


Pelakon popular Korea Selatan yang membintangi drama bersiri popular Winter Sonata, Park Yong -ha ditemui mati di kediamannya dengan petunjuk mengatakan dia membunuh diri, hari ini (30 Jun 2010).

Agensi berita Yonhap melaporkan, pihak polis memberitahu Park Yong-ha, 33, didapati menggantung diri di kediamannya di Seoul.

Park didapati menggantungkan diri menggunakan wayar pengecas bateri telefon bimbit. Bagaimanapun pihak polis masih menyiasat punca kematian pelakon kacak itu.

Park mula terkenal pada lewat tahun 1990-an dan semakin dikenali ramai termasuk di Malaysia apabila drama Winter Sonata mendapat sambutan menggalakkan di beberapa negara termasuk Malaysia.


Winter Sonata mencetuskan fenomena terhadap kegilaan penonton terhadap drama bersiri dari negara itu.

Dia yang juga seorang penyanyi pernah mengadakan konsert besar di Korea dan Jepun. Park mempunyai ramai peminat wanita termasuk golongan orang kenamaan.

Yonhap melaporkan, tiada nota bunuh diri ditemui tetapi pihak polis mengatakan Park ada menghantar pesanan ringkas meminta maaf kepada ayahnya yang sedang sakit kerana menghidap kanser perut sebelum itu.

Ada juga sumber mengatakan aktor itu seorang yang rajin merawat bapanya dan dia juga mengambil pil tidur kerana menghidap insomnia.

Friday, June 11, 2010

Apa nasib Ariel Peterpan?







Sejak mingu lalu, isu penyebaran video seks membabitkan pelakon `mirip' tiga nama popular Indonesia, Ariel Peterpan, kekasihnya Luna Maya dan bekas kekasih, Cut Tari menjadi topik paling hangat dalam industri infotainment Indonesia. Di Malaysia juga hangat kerana Ariel dan Peterpan sangat popular di sini.

Dengan pantas video tersebut tersebar dengan aplikasi teknologi komunikasi yang semakin canggih. Di hujung jari sahaja video dan foto pelakon-pelakon tersebut tersebar. Ia memberi kejutan dan media di Indonesia membuat liputan dari pelbagai sudut.

Mereka tidak tampil membuat lapuran sebaliknya pihak lain yang memanjangkan perkara itu dengan membuat laporan sehingga pihak berkuasa memutuskan untuk mendapatkan keterangan mereka berkaitan penyebaran video hot itu. Ketiga-tiga mereka bagaimanapun menafikan terlibat.

Stesen televisyen di Indonesia sememangnya ghairah apabila ada isu sedemikian. Mereka berusaha sehingga disiarkan oleh segelintir artis popular sebagai terlampau. Program hiburan banyak sekali di saluran TV Indonesia. Malah seawal pukul 6.00 pagi sudah ada segmen gosip.

Luna Maya antara selebriti yang pernah menghadapi masalah dengan media di Indonesia malah pernah mengeluarkan kenyataan yang tidak baik terhadap media. Hari ini model dan pengacara cantik itu menjadi buruan media di negaranya selepas isu video seks yang dikatakan membaitkan dirinya.

Keghairahan media membongkar isu video itu membuatkan pihak berkuasa terpaksa memberikan amaran. Alasannya mahu menghalang penonton muda (kanak-kanak) daripada melihatnya serta menjaga privasi orang yang terlibat.

“Kami telah mengeluarkan amaran kepada stesen TV yang menyiarkan klip video lucah itu sama ada untuk segmen berita atau hiburan," kata Naib Pengerusi Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI), Nina Mutmainnah Armando kepada media.

Mereka mengeluarkan amaran setelah menerima rungutan daripada orang ramai. Beliau mengakui pihak suruhanjaya menerima banyak mesej dan panggilan berkaitannya.
Undang-undang penyiaran tidak membenarkan klip lucah disiarkan di TV.

Ekoran penyebaran video yang dipercayai rakaman menggunakan telefon bimbit itu, pihak polis akan memanggil ketiga-tiga mereka untuk memberi keterangan dalam masa terdekat. Demikian menurut Ketua Polis, General Ito Sumardi.

“Kami perlu bertanya mereka untuk mendapatkan maklumat siapakah orang yang bertanggungjawab mengedarkannya," kata beliau.

Pembikin dan pengedar boleh didakwa di bawah Undang-undang Pornografi 2008 dan Undang-undang Internet 2008 yang kedua-duannya boleh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.

Sementara itu kontrak Luna Maya sebagai duta sabun kecantikan Lux telah ditamatkan. Poster gergasi yang menampilkan Luna dan Ariel di kota-kota besar diturunkan ekoran penamatan kontrak tersebut. Kempen Lux diganti dengan model luar negara.

“PT Unilever Indonesia menurunkan billboard yang menampilkan Luna dan Ariel di kota besar," kata Ketua Promosi Unilever, Maria Dewantini Dwianto kepada agensi berita Antara.
Banyak juga protes yang diterima oleh pihak berkuasa terhadap isu tersebut. Antaranya Datuk Bandar Makassar, Ilham Arief Sirajuddin yang mahu memulaukan Ariel daipada mengadakan konsert di wilayah itu sekiranya terbukti pelakon lelaki dalam klip tersebut ialah Ariel.

Luna juga duta Program Makanan Sedunia Bangsa-bangsa Bersatu. Cut Tari pula menghiasi kempen pendingin hawa jenama Sharp. Bagaimana kedudukan mereka? Apakah masa depan mereka dalam bidang seni bakal suram selepas isu ini?

Berapa lama mahu pulih?

Seorang artis Malaysia pernah melalui episod duka apabila rakaman video serupa beredar selepas beberapa tahun. Memang artis tersebut melalui episod duka. Kehilangan pekerjaan dan malu berdepan masyarakat. Malah rumah tangga juga menghadapi bencana.

Dia mengambil masa yang lama untuk membaiki reputasi dan akhirnya terpaksa kembali semula ke dunia seni kerana itulah pekerjaan utamanya. Agaknya kerana telah lama menghilang, ada yang pejam mata sahaja. Apatah lagi beliau sudah rasa hukuman di atas kesilapan yang dilakukan semasa berdarah muda.

Mungkinkan mereka juga akan melalui pengalaman sama selepas ini? Kalau diberi tempoh lima tahun untuk Ariel menyepikan diri dan kembali semula selepas itu, agaknya payah sekali untuk dapat perhatian. Dalam tempoh lima tahun, pelbagaai perkara berlaku dan pastinya banyak kumpulan muzik baru yang muncul.

Sekarang pun semakin banyak band yang diterima peminat dan Peterpan bukan lagi band No.1 di Indonesia. Kalau Peterpan terpaksa menyepi gara-gara kes tersebut, mungkin ia bakal mengundang padah kepada mereka.

Kalau masih mahu teruskan perjuangan Ariel mestilah tebalkan muka berdepan masyarakat. Dan sekiranya benar lelaki hebat di ranjang itu dirinya, Ariel patut tampil memohon maaf secara terbuka kepada peminat yang tersinggung dengan apa yang dilakukan.

Samalah dengan insiden yang berlaku ke atas pelakon Hong Kong, Edison Chen dulu yang hangat apabila terbongkar foto aksi seks dengan beberapa pelakon wanita. Setelah sekian lama menghilang, akhirnya beliau tampil dan memohon maaf kepada peminat dan artis wanita yang pernah ada skandal dengannya. Sekarang kerjayanya kembali pulih.

Harus diingat, beliau berada dalam budaya berbeza. Ariel seorang penyanyi beragama Islam yang tinggal dalam sebuah negara yang ramai penganut Islam. Sensitivitinya pasti berbeza. Apatah lagi selama ini peminatnya tergolong dalam pelbagai lapisan masyarakat.

Ariel pernah membuatkan peminat merusuh semasa mengadakan konsert. Apatah lagi beliau gemar membuka baju selepas kepanasan di atas pentas. Aksinya itu membuatkan peminat wanita terpekik-terlolong memanggil-manggil namanya.

Adakah lagi teriakan seperti itu sekiranya Ariel mengadakan konsert selepas ini? Maklum saja `Ariel' sudah buka semuanya dalam video hangat tersebut.

Thursday, June 3, 2010

Aqasha dah bertunang ke?


Aqasha dah bertunang ke? Ini lah antara gambar majlis pertunangan yang kononnya melibatkan Aqasha dan seorang wanita. Mastura katanya nama wanita yang jadi tunang Aqasha ni.

Tak tahulah hanya gambar untuk kegunaan butik pengantin ataupun adegan dalam drama. Tapi tak perasan pulak wajah gadis ini dalam mana-mana drama?

Tunggulah mesti tak lama lagi Aqasha akan membuat pengakuan apabila ada majlis yang mempertemukan dia dengan wartawan. Tunggulah ya.