Iklan

Monday, November 30, 2015

Siti syukur walaupun nikmat hamil sementara

Bulan lalu heboh orang cakap pasal Datuk Siti Nurhaliza hamil. Walaupun tuan punya badan tak mengesahkan ada sahaja sumber yang mengayakan iya.

Pastilah ada sebab Siti tak mahu menghebahkannya, apatah lagi semasa kandungan pada stage awal. Manalah tahu ada berlaku sesuatu.

Tapi kalau dah namanya bintang popular ceritanya jadi perhatian. Peminat juga ucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buatnya.

Baru-baru ini ada pulak kisah Siti keguguran. Pun bukan datang daripada mulutnya sendiri.

Akhirnya hari ini Siti mengesahkan dia keguguran setelah dua bulan. Dia meluahkan perasaan panjang lebar dalam laman Instagram hari ini.

Antaranya, Siti melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang memikmati keindahan

Semoga Siti tabah mengharungi dugaan yang sedang dilalui. Inilah sebabnya dia diamkan dahulu sebab mahu pastikan kandungan benar benar kuat.

Wednesday, November 11, 2015

Mila selamat bernikah

Penyanyi Mila Jirin sah bergelar isteri kepada pengurusnya Isz Mustapha tepat pukul 6.19 petang ini dengan sekali lafaz.
Mila atau nama penuhnya Noorsyarmila Jirin, 28,  dan pasangannya Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 36, dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zainal Khamis dengan mas kahwin RM1,001 dan menerima hantaran RM23,128.70.
Pihak lelaki membawa lima dulang berbalas tujuh daripada pihak Mila dalam majlis yang bertema pastel floral.
Mereka menggunakan syarikat sendiri dalam majlis termasuk Buzmilla Catering untuk dekorasi pelamin dan dewan serta juadah.
Mila mengenakan pakaian rekaan Seth & Luna Jimiey Whang dan jahitannya oleh Lilian Choong.
Mereka akan bersanding di Hotel Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 20 Disember ini.
Mereka juga akan mengadakan lagi majlis untuk media dan rakan niaga di Hotel ECity, One City, Subang pada 23 Januari depan.

Sunday, November 1, 2015

Rossa berkonsert di Johor

Setelah sukses dengan konsert  selama dua hari di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 22 dan 23 Mei lalu, Datuk Rossa kembali menyapa para peminatnya di Malaysia hujung bulan inu.
Konsert akan diadakan 25 November dan Rossa akan memanggung di Persada Convention Hall, Johor Bahru.

Dengan tajuk konsert, ‘Pesona Cinta’, penyanyi asal Sumedang, Jawa Barat, ini kembali menghentak panggung muzik di Malaysia. Singgah di Johor menjadi sebahagian daripada rangkaian road tour Malaysia oleh Rossa.

Setelah Mei 2015 menggelar pentas di Kuala Lumpur, akhir pekan ini Rossa singgah di Johor. Setelah itu giliran Kinabalu dan Kuching yang akan didatangi Rossa. Di Kuala Lumpur konser Rossa disaksikan oleh peminatnya yang berasal dari berbagai kalangan. Termasuk para petinggi dan tokoh di Malaysia.

Adalah Insight of Indonesia (IOI) yang menjadi penggagas konsert. IOI sebuah organisasi yang fokus pada sektor : Pariwisata, Industri Kreatif, Seni Budaya, UMKN dan Koperasi serta olah raga dan bergerak menjadi semacam konser G to G ini adalah untuk mempererat hubungan antara dua negara.

“Ini juga dalam rangka menyambut MEA, atau masyarakat ekonomi ASEAN,” ujar P.Intan S., pendiri sekaligus ketua umum IOI, yang juga pengurus Rossa.

Konsert Rossa di Johor didukung penuh oleh Kementerian Pariwisata Indonesia, sama seperti panggungnya di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Bahkan, Menteri Pariwisata Republik Indonesia Dr.Ir.Arief Yahya, Msc., ikut membubuhkan ide judul konser kali ini, yaitu ‘Pesona Cinta’, yang memang mirip dengan tagline kementerian yang dipimpinnya untuk mempromosikan keindahan Indonesia atau country branding yaitu ‘Pesona Indonesia’.

Inilah salah satu bukti artis penyanyi Indonesia bisa menjadi duta pariwisata, dan itu dilakukan Rossa yang memang sudah dikenal sebagai penyanyi yang membanggakan Indonesia sekaligus dicintai di Malaysia. Rossa adalah duta masyarakat Indonesia untuk menunjukkan negeri itu indah. Salah satunya dengan suara emas dan lagu-lagu pop cintanya yang berkualitas dan asyik dinikmati.

“Saya sudah tidak sabar ingin mendatangi pencinta saya di Johor. Saya yakin akan menjadi malam yang tak terlupakan dalam perjalanan karier saya,” kata Rossa yang beranggapan Malaysia menjadi kampung halamannya juga selain Indonesia.

Dalam konsert di Persada Convention Hall, Johor Baru, Rossa kembali menggandeng penyanyi pria dari Indonesia dan Malaysia sebagai teman duet. Ada Afgan, penyanyi top Indonesia yang juga dicintai publik Malaysia.

Rossa dan Afgan baru saja menerima piala penghargaan di Anugerah Planet Muzik (APM) 2015, yang digelar di Suntec Singapura, 9 Oktober lalu. APM merupakan event perhargaan muzik terbesar dan bergengsi yang diadakan setiap tahun. Ajang penghargaan ini menjadi wadah kompetisi bagi para insan musik Malaysia, Singapura, dan Indonesia.

Rossa dan Afgan berjaya memenangkan penghargaan kategori Duo/Kumpulan Terbaik lewat lagu duet mereka yang berjudul Kamu Yang Ku Tunggu. Apakah lagu itu akan dibawakan juga di panggung musik Johor? Mestinya. Kita tunggu saja aksi duet terbaik dan terpopuler di negara serumpun ini.

Yang jelas, Rossa juga akan berbagi panggung dengan artis Malaysia. Yaitu JoeFlizow, rapper dari Malaysia yang dikenal sebagai salah seorang personel band Too Phat. Menurut rencana Hafiz, salah seorang penyanyi Malaysia juga akan naik panggung bersama diva pop Indonesia ini.

Harga tiket tanda masuk terdiri dari RM 989 (VIP), RM 750 (Platinum), RM 489 (Gold), RM 249 (Silver) dan RM 149 (Normal). Dengan kapasitas penonton sebanyak 2.200 seat, Rossa segera menghentak panggung Persada Convention Hall, Johor Baru dengan puluhan hit yang sudah sangat dikenal publik Malaysia.