Iklan

Monday, November 30, 2015

Siti syukur walaupun nikmat hamil sementara

Bulan lalu heboh orang cakap pasal Datuk Siti Nurhaliza hamil. Walaupun tuan punya badan tak mengesahkan ada sahaja sumber yang mengayakan iya.

Pastilah ada sebab Siti tak mahu menghebahkannya, apatah lagi semasa kandungan pada stage awal. Manalah tahu ada berlaku sesuatu.

Tapi kalau dah namanya bintang popular ceritanya jadi perhatian. Peminat juga ucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buatnya.

Baru-baru ini ada pulak kisah Siti keguguran. Pun bukan datang daripada mulutnya sendiri.

Akhirnya hari ini Siti mengesahkan dia keguguran setelah dua bulan. Dia meluahkan perasaan panjang lebar dalam laman Instagram hari ini.

Antaranya, Siti melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang memikmati keindahan

Semoga Siti tabah mengharungi dugaan yang sedang dilalui. Inilah sebabnya dia diamkan dahulu sebab mahu pastikan kandungan benar benar kuat.

No comments: