Penyanyi Mila Jirin sah bergelar isteri kepada pengurusnya Isz Mustapha tepat pukul 6.19 petang ini dengan sekali lafaz.
Mila atau nama penuhnya Noorsyarmila Jirin, 28, dan pasangannya Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 36, dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zainal Khamis dengan mas kahwin RM1,001 dan menerima hantaran RM23,128.70.
Pihak lelaki membawa lima dulang berbalas tujuh daripada pihak Mila dalam majlis yang bertema pastel floral.
Mereka menggunakan syarikat sendiri dalam majlis termasuk Buzmilla Catering untuk dekorasi pelamin dan dewan serta juadah.
Mila mengenakan pakaian rekaan Seth & Luna Jimiey Whang dan jahitannya oleh Lilian Choong.
Mereka akan bersanding di Hotel Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 20 Disember ini.
Mereka juga akan mengadakan lagi majlis untuk media dan rakan niaga di Hotel ECity, One City, Subang pada 23 Januari depan.
No comments:
Post a Comment