Iklan

Tuesday, January 12, 2016

Alahai Sam, Syatilla memulakan langkah awal nak kahwin dengan menipu

Alahai pelakon zaman sekarang ni...suka sangat nak berahsia sampai sanggup menipu terang terangan. Ni nak ngomel pasal pasangan pelakon Shahiezy Sam dan Syatilla Melvin yang mempropakan wartawan.

Bila dapat undangan menghadiri satu majlis yang kononnya ada pengumuman istimewa yang akan dibuat, banyak telahan yang membuat spekulasi Sam akan mengumumkan pasal pernikahannya. Bila banyak yang andaikan demikian, media mahukan kepastian dan bertanya kepada tuan badan.

Syatilla yang dikaitkan dengan Sam menjadi sasaran media untuk menjelaskan samada pada majlis tersebut akan ada pengumuman perancangan perkahwinan. Media hubungi sehari sebelum sidang media yang dianjurkan oleh pihak Sam.

 Syatilla menafikannya dan mengatakan dia tak tahu menahu pasal majlis yang Sam anjurkan dan dia juga tak dijemput. Untuk mengukuhkan dakwaannya Syatilla cakap dia sedang sibuk shooting drama dan kalau dia diundang sekali pun dia tak dapat hadir sebab sibuk di lokasi penggambaran. Class jawapan.

Maka terpampanglah berita di akhbar utama pasal Syatilla yang tak ada kena mengena dengan majlis yang diadakan pada 12 Januari di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu. Tup tup pada majlis itu munculkan Syatilla dan mengumumannya ialah pasal perancangan mereka yang akan bernikah Februari ini.

Penipu rupanya si Syatilla ni. Kalau ye pun tak mahu memberikan komen, cakap sahaja "Maaf saya tak boleh komen dan biarlah tuan punya majlis sendiri yang menjelaskannya'. Kan mudah tu. Tapi Syatilla ambik pendekatan penipu.

Nak mulakan sesuatu yang baik pun sempat menipu lagi. Tak tahulah apa yang ada dalam fikiran dia semasa memberi kenyataan yang dia tak tahu apa apa pasal majlis itu. Tak tahulah kut-kut selepas menafikan itu dia baru dapat panggilan Sam yang mengajak dia kahwin.

Tapi dalam majlis tu mengaku dah kenal bertahun dah, dan dah lama ada rasa kasih, sayang dan cinta. Alahai cetek akalnya pelakon ni. Agaknya semasa jawab panggilan media tu dia sedang berlakon jugak kut. Berlakon menjadi Mek Senah, bukannya dirinya sendiri. Mek Senah tak kenal Sam dan tak diundang ke majlis itu. Betullah jawapannya tu.

Banyak juga kecaman yang diterima oleh netizan. Wartawan senior, artis, orang media dan peminat dunia seni pun mengecam pasangan itu yang menipu pihak media. Posting pasal penipuan itu mendapat komen pelbagai yang rata-ratanya tidak suka dengan tindakan mereka.

Lee Manah: Mulanya minat juga nonton drama  Shah & Sha kat TV, tapi bila pelakonnya jenis yang kaki kelentong terus tak minat dah nak nonton. Tak rugi apa apa pun.


No comments: