Iklan

Monday, October 5, 2015

Teater batal, Siti ganti konsert istimewa

Siti Nurhaliza Production (SNP)  membuat keputusan membatalkan Muzikal Bio Siti Nurhaliza yang dijadualkan bulan depan. Penajaan dan kekangan kos antara yang menjadi puncanya.

Namun peminat yang menunggu persembahan dan sudah merancang bercuti tak perlu risau kerana pada tarikh tersebut Datuk Siti Nurhaliza membuat tukaran dengan menjanjikan sebuah konsert istimewa.

Konsert Satu Suara Volume 2, Dato' Siti Nurhaliza akan diadakan di Istana Budaya pada 7 dan 8 November ini bakal dihangatkan lagi dengan penampilan khas Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli Sarip.

Tiket untuk menonton konsert ini akan mula dijual pada 9 Oktober ini dan boleh didapati secara online diwww.AirAsiaRedtix.com dengan harga RM78, RM108, RM218, RM238, RM258, RM278, RM338 dan RM518. Harga ini tidak termasuk caj tiket dan GST.

Selain itu tiket boleh dibeli di Rock Corner The Gardens, Bangsar Village, Subang Parade dan The Curve. Tiket juga dijual di Victoria Music di Sg.Wang, Amcorp Mall, Tropicana Mall dan di Box Office (Istana Budaya). 

Bagi pembelian di Pulau Pinang pula, tiket boleh didapati di Artist Gallery, Gurney Plaza dan Artist Gallery, Queensbay Mall.




No comments: