Iklan

Monday, October 5, 2015

Sahabat Dalam Tubuh terbaru dari Mawi

 Mawi World – Mawi Forever, ramai yang kini beranggapan bahawa populariti Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi sudah sampai ke penghujungnya, namun kenyataan itu bakal disangkal kerana sekali lagi auranya bakal disentuh dan dipercayai bakal mengusik kembali minat dan sejurus menaikkan semula namanya di persada seni dengan pengeluaran single terbaru darinya dan Filsuf iaitu ‘Sahabat Dalam Tubuh’.

Pemenang tiga kali berturut-turut Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (2005-2007) ini menyifatkan muzik yang dibawanya lebih ke arah simbol ketuhanan dan memuja keindahan Illahi dan sering mendapat perhatian pendengar muzik tanah air.

Lagu-lagu yang berirama ‘theatrical’ dan bait bait lirik lebih ke arah imej ketuhanan dan mengingati sesama manusia membuatkan lagi setiap single dikeluarkannya dinantikan oleh peminat muzik tanah air.

Antara kejayaan single yang diraih olehnya dapat dilihat melalui lagu ‘Al-Haq…Yang Satu’ gandingan hebat Mawi dan Dato’ Ac Mizal dan  single ‘Hambamu’ yang menjadi lagu tema untuk program TV ‘Imam Muda’ merupakan gandingan mantap antara Mawi dan Akhil Hayy.

Single terbaru ‘Sahabat Dalam Tubuh’ mampu mendapat sambutan yang hangat seperti mana kejayaan yang diraih dengan single Al’Nuraa. ‘Sahabat Dalam Tubuh’ ini merupakan hasil ciptaan bersama antara Mawi dan Daly Filsuf.

Fadali Mohd. Darif atau lebih dikenali sebagai Daly merupakan salah seorang ahli kumpulan hip-hop terkenal tanah air, Ahli Fiqir. Masih mengekalkan imej Ahli Fiqir, tapi kini lebih selesa dengan membawa nama Filsuf yang juga memberi maksud ‘Ahli Fikir’ dalam perkataan Arab. Kehebatan kumpulan Ahli Fikir ini tidak dapat disangkal lagi apabila mereka dinobatkan sebagai pemenang Artis Singapura Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2006.

Bagi mempromosi lagu ‘Sahabat Dalam Tubuh’, sebuah muzik video telah diterbitkan. Muzik video yang berdurasi 5.01 minit itu dirakamkan di negara yang ratanya dihuni oleh penduduk beragama Islam iaitu Jordan dan Palestin. Istimewanya untuk single kali ini, kelainan yang dibawa oleh Mawi dengan mempamerkan bakat terpendam beliau dalam bidang ‘rapping’. Ini merupakan kolaborasi kedua mereka selepas single bersama bertajuk ‘Al’Nuraa’.

No comments: