Iklan

Thursday, September 24, 2015

Watak Kak Ros dalam Upin & Ipin melampau?

Ada seorang bapa mengeluh bila perasan anak kecil bercakap bahasa kurang manis. Dakwanya sedikit sebanyak terpengaruh dengan drama Upin & Ipin.

Lebih spesifik watak Kak Ros yang dituding kerana penggunaan perkataan yang tak sesuai untuk tontonan kanak kanak yang belum masuk sekolah.

Ayat ayat aku, shuhh... dan sebagainya didakwa membuatkan ada kanak kanak yang melafazkan sedikian.

Pengguna facebook itu juga mendapat sokongan rakan yang sependapat dan terpaksa menjadi lpf kepada anak anak dan ada yang sudah menghalang anak menonton animasi keluaran syarikat animasi popular Les Coupeque itu.

Melampau sangatkah dialog Kak Ros dalam siri popular kanak kanak itu? Ada yang menyarankan pihak bertanggung jawab memantau supaya gejala kurang sihat tak menular.

Bila sebut pasal Kak Ros ada juga komen lain yang juga menyentuh pasal watak lelaki lembut bernama Saleh yang dirasakan mengada ngada dan tak membawa apa apa manfaat kepada kanak kanak.

Watak Apek juga dikatakan racist dalam hal hal tertentu. Komen ini mungkin ada benarnya dan kalau benar tidak boleh dipandang ringan.


No comments: