Iklan

Wednesday, November 26, 2008

Kenangan Sek. Keb. Nik Daud, Jakar

Apa khabar agaknya kawan-kawan sekolah rendah lama. Teringat kawan lama ni bukan apa sebab semalam, 26 November 2008 ada berjumpa dengan Norehan Noor... upps... Puan Norehanlah.

Kawan sekelas pada tagun 1975 hingga 1980 di Sekolah Kebangsaan Nik Daud, Jakar, Tanah Merah, Kelantan. Bila dihitung memang lama sungguh sudah kami tinggalkan sekolah.

Norehan dan rakan-rakan yang tinggal di Kampung Jakar okeylah jugak bila balik kampung akan lihat sekolah lama kami. Norehan Mohd. Dong (Apa khabar Dong...) tu okeykah sebab kalau berdiri di laman rumah mereka akan nampak bangunan sekolah.

Perjumpaan kami bukanlah secara tak sengaja, tetapi inisiatif Norehan sendiri yang mencari contact number saya daripada orang kuat Persatuan Anak Jeli Di Perantauan, saudara MKR (Mohamad Khalidi Ramli), senior kami satu tahun di sekolah rendah dulu.

Dah beberapa kali berhubung melalui sms dan perbualan telefon akhirnya kami bertemu di resroran mamak dekat dengan butik pengantin yang diusahakan oleh Norehan.

Butiknya dinamakan D'renjis Sri Pengantin di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Kebetulan pejabat saya pun di Bangi juga. Kalau ada anak-anak yang nak kahwin atau diri sendiri nak kahwin, bolehlah hubungi Norehan. Nombor telefon kedainya ialah 03-89222775.

Jom buat Reunion?

Apabila berjumpa tu masing-masing bertanya khabar kawan-kawan lama. Di mana Halipah, di mana Zainab, Nordin, Mohd. Dong, Mahazan (hampir kahwin dengan Norehan tapi tak jadi.... jangan marah ye Ihe), Zawiyah, Iram Bariah, Wi (Shukri), Mat Nazan, Leha (Zarihan), Yi (Zamri Idris), Adik Le (Wan Mohamad), Dili (Padili) dan lain-lain.

Ada yang dah tak ingat nama sebab lama tak jumpa. Ada juga kawan kami yang sudah meninggal dunia. Alfatihah buat Allahyarham Wan Abdul Rahman, Alias dan Ahmad Jaafar. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Inilah gambar kenangan kami pelajar darjah 6A SKND. Saya yang duduk paling kanan. Norehan pula tiga dari kiri.
Apabila berbual dan bertanya kawan-kawan lama, tercetus idea nak buat reunion. Syaratnya semua hadir bersama keluarga masing-masing. Pasti masing-masing ada keluarga. Ya kami semua sudah berusia 40 tahun tahun ini.
Apa kata kita buat reunion pada Hari Raya Aidilfitri 2009 nanti. Kalau hari raya kedua kira sesuai benarlah. Lokasinya di balai raya (ada ke balai raya...) ataupun di dewan sekolah. Pasti seronok mengimbau kenangan zaman kanak-kanak.
Tataplah gambar lama itu. Itulah satu-satunya gambar yang masih tersimpan dalam album lama saya pun. Pasti akan datang kenangan zaman persekolahan. Pasti ingat kita berjalan kaki ke sekolah, bawa beg sandang warna hijau, beg kotak corak (ala-ala Burberry sekarang), letak penyandang atas kepala, beli susu jumbo di kedai Abang Nor (bapa Norehan) semasa balik sekolah berjalan atas batu jalan berwarna merah dan banyak lagilah.
Saya sendiri ada kenangan yang tak dapat dilupakan. Paling lucu menangis dalam kelas cikgu Ilmu Alam (Georgafi) semasa Darjah 4. Cikgu Muhyidin kut nama cikgu kami tu. Entah macam mana semasa asyik melukis peta, saya ternyanyi lagu Kena Saman dendangan Anita Sarawak.
Cikgu terdengar dan denda saya dengan menyuruh saya menyanyi di depan kelas. Saya malu dan menangis. Ha... ha.. ha. Tak apa masa tu budak-budak, takutkan cikgu terus menangis. Saya juga pernah kena jemur tengah panas oleh Ustaz Hussin. Sebabnya datang lewat dan cikgu dan mula mengajar. Apa lagi menangislah juga.
Norehan dan Halipah juga pernah buat saya dan Allahyarham Ahmad dirotan di tangan oleh Cikgu Mat semasa Darjah 6. Cikgu Mat tu bapa saudara Allahyarham. Meja Norehan dah Halipah di depan meja saya dan Allahyarham.
Tak ingat pula apa yang kami buat kepada mereka. Baling kertas kut... he... he... he... Nak menguratlah tu kut. Mereka mengadu kepada Cikgu Mat. Kami pun menadahlah tapak tangan dan kena rotan.
Sakit juga tapi taklah menangis. Tak gentlemanlah kalau menangis sebab budak perempuan. He... he... he. Tak tahulah Norehan dan Halipah ingat lagi tak kes itu. Lagipun kena rotan di tapak tangan tu jadi ubat sebab ikut konsep refleksologi.
Okeylah berbalik kepada nak buat reunion tu. Kami dah janji nak menjadi orang yang memulakannya. Nanti akan diuar-uarkanlah sebab ramai kawan-kawan yang berniaga di kampung.
Rumah keluarga kawan-kawan kami pun sekitar situ saja. Kampung Jakar, Jenub, Bukit Bunga, Bukit Nangka, Nibung, Chedok sahaja. Kalau ada yang terbaca coetan ini dan nak sumbang idea, bolehlah hubungi saya di talian 016-6950980.





No comments: