Iklan

Monday, September 28, 2015

Dayana Roza masuk wad, shoot tangguh

Pelakon Dayana Roza kini sedang menjalani penggambaran drama Mencari Cinta Tiga untuk tayangan Hyppe TV.

Namun semalam dia alami infection pada perut macam keracunan makanan dan kini dirawat di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.

Dia dikatakan mendapat infection itu selepas makan di lokasi. Namun orang lain yang turut makan tidak pula terkena.

Inilah foto Dayana semasa menerima lawatan wartawan URTV, Deel Anjer. Nampak tak serius sangat.

Lee Manah harap Dayana cepat sembuh dan dapat meneruskan kerjaya macam biasa. Amin.






Wow! Polis Evo dah collect RM8 juta

Memasuki hari ke-11 tayangan, filem Polis Evo telah berjaya mencatat kutipan mencecah RM8 juta daripada 101 buah pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Sambutan memberangsangkan untuk minggu kedua tayangan ini didorong oleh reaksi positif para peminat yang telah menontonnya sejak 17 September 2015 lalu selain daripada rangka promosi yang masih giat berjalan.

Menurut Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, Astro Shaw yang merupakan penerbit filem Polis Evo akan terus berusaha menerusi rangka promosi agar dapat menarik minat khalayak untuk hadir ke pawagam menonton filem Polis Evo.

Polis Evo  hasil karya asal tiga anak muda yang mendapat biasiswa daripada Astro dan kini berkhidmat untuk Astro Shaw iaitu Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf dan mendapat sentuhan oleh pengarah Ghaz Abu Bakar.

“Kami bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh para peminat terhadap filem ini. Kami tidak menyangka dalam kesuraman industri perfileman tempatan ketika ini, peminat masih memberi kepercayaan kepada Polis Evo untuk menduduki tempat teratas di carta filem melayu terlaris untuk tahun ini. Kami berharap para penonton akan terus menyokong filem Polis Evo dan turut membawa keluarga serta kawan-kawan mereka ke pawagam berulang kali.

“Masih terlalu awal untuk meramal industri perfileman tempatan ketika ini. Jika dilihat reaksi positif peminat terhadap Polis Evo, diharap ia dapat menyuntik semangat baru dalam dunia filem Malaysia," katanya.

 Polis Evo merupakan filem bergenre aksi dan memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah. Berjayakah Sani dan Khai menyelesaikan misi mereka bersama?


Saturday, September 26, 2015

Stacy, Akim bertunang

Penyanyi Stacy yang dah peluk Islam baru -baru ini kini dah bergelar tunang kepada Akim.

Mereka mengadakan majlis secara tertutup dan foto di majlis bertunang disiarkan oleh hlive melalui Instagram.

Semasa memeluk Islam secara senyap senyap, Stacy menafikan ia sebagai tanda dia mahu bernikah dengan Akim. Nampaknya telahan itu macam ada kebenarannya bila mereka kini dah bertunang.

Akim juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya.

Lee Manah nak ucapkan tahniah semoga hasrat mereka ke jenjang pelamin dipermudahkan.

Thursday, September 24, 2015

Watak Kak Ros dalam Upin & Ipin melampau?

Ada seorang bapa mengeluh bila perasan anak kecil bercakap bahasa kurang manis. Dakwanya sedikit sebanyak terpengaruh dengan drama Upin & Ipin.

Lebih spesifik watak Kak Ros yang dituding kerana penggunaan perkataan yang tak sesuai untuk tontonan kanak kanak yang belum masuk sekolah.

Ayat ayat aku, shuhh... dan sebagainya didakwa membuatkan ada kanak kanak yang melafazkan sedikian.

Pengguna facebook itu juga mendapat sokongan rakan yang sependapat dan terpaksa menjadi lpf kepada anak anak dan ada yang sudah menghalang anak menonton animasi keluaran syarikat animasi popular Les Coupeque itu.

Melampau sangatkah dialog Kak Ros dalam siri popular kanak kanak itu? Ada yang menyarankan pihak bertanggung jawab memantau supaya gejala kurang sihat tak menular.

Bila sebut pasal Kak Ros ada juga komen lain yang juga menyentuh pasal watak lelaki lembut bernama Saleh yang dirasakan mengada ngada dan tak membawa apa apa manfaat kepada kanak kanak.

Watak Apek juga dikatakan racist dalam hal hal tertentu. Komen ini mungkin ada benarnya dan kalau benar tidak boleh dipandang ringan.


Friday, September 18, 2015

Suami Umie Aida ditangkap

 Suami Datin Umie Aida, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan ditahan polis malam ini.

Umie Aida memuatnaik status Facebooknya berkaitan penahanan itu malam ini.

Khairuddin dikatakan ditahan kerana kesalahan di bawah Akta 124 C. Dia juga mendoakan segala-galanya akan selesai dan suaminya dilindungi Allah.

Khairuddin sebelum itu dihalang ke luar negara atas arahan Polis Diraja Malaysia.

Dia antara individu yang banyak membuat laporan berkaitan 1MDB termasuk di luar negara.

Kisah ibu terkilan dalam telemovie khas Aidiladha TV1

Betullah kata pepatah, kasih ayah masa berada, kasih ibu membawa ke syurga. Pengorbanan seorang ibu itu tidak terbalas dan peranan seorang anak untuk menggembirakan dan membahagiakan si ibu. Hubungan ibu dan anak sememangnya amat rapat apatahlagi dengan pengorbanan seorang ibu mengandungkan zuriatnya selama sembilan bulan sepuluh hari.

Namun sejauh mana rapatnya hubungan itu, ia tidak terlepas daripada dugaan dalam membuktikan kesungguhan seseorang itu menyayangi ibunya. Berlatarkan kisah ibu dan anak yang diduga hanya kerana salah sangka, Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Unit Drama TV RTM menerbitkan telemovie bertajuk “Kalimah Dari Birai Sejadah”.

Disiarkan khas sempena Hari Raya Aidiladha pada 24 September ini, pukul 9.30 pagi di TV1, ia mengisahkan tentang seorang ibu, Salbiah yang terkilan setelah mendengar doa dari anaknya Sufiah. Sufiah seorang wanita bekerjaya memiliki butik pakaian sendiri, dan ibu kepada dua orang anak yang sedang membesar, Harris dan Haikal.

Hubungan mereka dua beranak sangat rapat dan saling menjaga antara satu sama lain. Apatahlagi Sufiah sedang sarat mengandung anak ketiga dan suminya, Rizal sibuk dengan kerjanya sebagai pemandu teksi.

Berlaku kejadian yang tidak diingini menyebabkan Salbiah koma. Namun selepas sedar daripada koma, Salbiah mula dingin terhadap anaknya sedangkan Sufiah begitu mengambil berat kesihatan dan berharap ibunya sembuh.
Satu adegan dalam drama

Pelbagai cara digunakan Salbiah untuk keluar dari rumah anaknya itu. Ia termasuklah meminta menantunya menghantar dia ke Pusat Rawatan Warga Emas. Rizal tidak setuju dan cuba memujuk ibu mentuanya supaya terus tinggal bersama mereka.

Salbiah kemudiannya nekad keluar dari rumah Sufiah dan ingin meneruskan kehidupannya di kampung. Dia meminta abang dan kakaknya membawa dia tinggal bersama mereka di kampung.

Sementara itu Sufiah terus menderita memikirkan kesalahan yang dilakukannnya. Dia amat menyayangi ibunya dan tidak mahu menjadi anak derhaka. Mujur Rizal memahami situasi isterinya dan cuba mencari jalan memperbetulkan keadaan.

Di sebalik kejadian tersebut sebenarnya Salbiah menyimpan satu rahsia. Dia sebenarnya ‘terasa hati’ dan merajuk dengan doa yang dipohon oleh Sufiah ketika dia sedar daripada koma.


Thursday, September 17, 2015

Lisa, Yusry kongsi gambar anak

Inilah foto oficial pertama anak sulung pasangan Yusry KRU dan Lisa Surihani. Mereka berkongsi gambar secara eksklusif dalam Instagram hlive semalam. Lisa ni artis eksklusif Astro, Jadi pastilah dia utamakan media daripada organisasi itu.

Mengikut keterangan dalam gambar itu, Lisa selamat melahirkan anak pada pukul 11.44 malam 15 September lalu. Bayi yang dilahirkan sebert 3.4 kg itu belum didedahkan namanya.

Pasangan itu berhajat menamakan bayi mereka selepas hari tujuh hari.  Eh! Bayi mereka lelaki ke perempuan. Tak dinyatakan pula jantinanya dalam posting itu.

Ada yang bertanya jantina bayi mereka dan rata-rata pengikut IG hlive memuji bayi tersebut comel secomel ibunya.